Semua mangsa banjir kilat di Kampung Bijurey Mogag sudah pulang - Utusan Malaysia

Semua mangsa banjir kilat di Kampung Bijurey Mogag sudah pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAU 8 Jan. – Kesemua 143 mangsa banjir kilat dari 28 keluarga di Kampung Bijurey Mogag di sini sudah pulang ke rumah masing-masing.


Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata, mangsa terdiri daripada 67 lelaki dan 76 perempuan itu dipindahkan ke Dewan Serbaguna Kampung Bijurey Mogag petang semalam setelah rumah mereka dinaiki air akibat banjir kilat.

Mangsa mula kembali ke rumah masing-masing apabila air mula surut malam tadi, katanya.


Tiada pusat pemindahan dibuka untuk mangsa, kecuali dewan serbaguna kampung berkenaan bagi menempatkan sementara mangsa ketika mereka membersihkan kediaman masing-masing.

Hujan berterusan semalam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kuching dan Bau dilanda banjir kilat. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN