BUKIT MERTAJAM 31Jan. – Sembilan lelaki termasuk seorang warga emas ditahan polis semalam kerana disyaki terlibat dalam enam kes memecah masuk kedai di kawasan Icon City dan Kampung Jalan Pengkalan, Bukit Tengah di sini. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, kesemua suspek tersebut berusia antara 21 hingga 68 tahun ditahan di lima lokasi berasingan di sekitar Bukit Mertajam, Bukit Tengah, Bandar Baharu dan Serdang di Kedah. Ketua Polis Daerah…










