Seleweng RM2.5j: Bekas pembantu tadbir disambung reman 4 hari - Utusan Malaysia

Seleweng RM2.5j: Bekas pembantu tadbir disambung reman 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 14 Jan. – Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini membenarkan perintah tahanan reman terhadap seorang bekas pembantu tadbir sebuah agensi kerajaan negeri berhubung kes penyelewengan wang biasiswa berjumlah kira-kira RM2.5 juta, disambung selama empat hari mulai esok hingga Jumaat depan.

Majistret Syarina Shaarani membenarkan permohonan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka untuk menahan lelaki berusia 31 tahun itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.


Sebelum itu, tertuduh yang memakai baju lokap SPRM berwarna diiringi dua pegawai SPRM memasuki pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh pada pukul 9.30 pagi dan dilihat keluar kira-kira sejam kemudian.


Suspek sebelum ini direman selama empat hari bermula Jumaat lalu sehingga hari ini bagi membantu siasatan penyelewengan wang biasiswa yang dianggarkan bernilai lebih RM2.5 juta.


Dia ditahan di Felda Menggong, Alor Gajah pada pukul 7.15 malam Khamis lalu oleh sepasukan anggota SPRM Melaka dan siasatan awal mendapati suspek telah memasukkan wang biasiswa pelajar di sebuah sekolah agama milik kerajaan negeri bernilai lebih RM35,400 ke dalam akaun peribadinya menerusi satu transaksi terkini.


Menurut sumber, jumlah penyelewengan yang dilakukan oleh suspek sebelum ini telah mencecah hampir RM2.5 juta bagi penyaluran biasiswa untuk diagih-agihkan kepada 77 buah sekolah di negeri ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN