Seleweng biasiswa: Bekas pembantu tadbir disambung reman - Utusan Malaysia

Seleweng biasiswa: Bekas pembantu tadbir disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Tempoh reman seorang bekas pembantu tadbir Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) di sambung empat hari lagi bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan wang biasiswa bernilai lebih RM2.5 juta.

Pendaftar Mahkamah Majistret, Syarina Shaarani membenarkan permohonan sehingga 18 Januari ini terhadap suspek berumur berusia 31 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka 2009.

Sebelum itu, tertuduh yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga diiringi dua pegawai SPRM memasuki pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh pada pukul 9.30 pagi dan dilihat keluar kira-kira sejam kemudian.

Suspek sebelum ini direman selama empat hari bermula Jumaat lalu sehingga hari ini bagi membantu siasatan penyelewengan wang biasiswa yang dianggarkan bernilai lebih RM2.5 juta.

Dia ditahan di Felda Menggong, Alor Gajah pada pukul 7.15 malam Khamis lalu oleh sepasukan anggota SPRM Melaka.

Siasatan awal mendapati suspek telah memasukkan wang biasiswa pelajar di sebuah sekolah agama milik kerajaan negeri bernilai lebih RM35,400 ke dalam akaun peribadinya menerusi satu transaksi terkini.

Menurut sumber, jumlah penyelewengan yang dilakukan oleh suspek sebelum ini telah mencecah hampir RM2.5 juta bagi penyaluran biasiswa untuk diagih-agihkan kepada 77 buah sekolah di negeri ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN