SAUDARA PENGARANG,MASIH ingat lagi kekecohan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor pada November dulu? Kekecohan tersebut menyebabkan beberapa kenderaan dibakar dan pejabat pemaju turut dipecahkan. Sedar atau tidak sejak meletusnya kekecohan itu banyak pihak telah berkongsi dalam media sosial mengenai gambar dan lokasi terletaknya kuil yang dibina secara haram di kawasan tidak sesuai. Mungkin pada mulanya hanya memacak sebatang besi tetapi lama-kelamaan semakin membesar dan membesar…










