Selesai masalah milik tanah - Utusan Malaysia

Selesai masalah milik tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 14 Jan. – Penduduk Kampung Melayu Pandan di sini berharap kerajaan negeri dapat membantu menyelesaikan permasalahan berhubung hak pemilikan tanah dan penempatan semula.

Seorang penduduk, Roslan Semin, 54, mendakwa sudah menetap di Jalan Masjid, Kampung Melayu Pandan sejak lebih 40 tahun namun masalah hak milik tanah masih belum dapat

ROSLAN SEMIN
ROSLAN SEMIN 

diselesaikan sepenuhnya.

Katanya, pada 2017, seba­nyak 65 keluarga yang menetap di Jalan Masjid diberikan hak pemilikan tanah namun baki sebanyak 131 keluarga tidak menerimanya.

“Jadi kini setelah kerajaan bertukar, kami berharap kerajaan sedia ada dapat membantu menyelesaikan permasalahan yang kami hadapi.

“Saya mewakili keluarga yang tidak mendapat hak pemilikan tanah berharap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya ditemui pem­berita dalam sidang akhbar yang diadakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang di Balai Raya Kampung Melayu Pandan, di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Jamal Samingon, 58, pula memberitahu, dia yang menetap di Jalan Imam, Kampung Melayu Pandan berhadapan masalah berbeza dengan penduduk di Jalan Masjid.

“Masalah kami ialah kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini berjanji akan membantu menyelesaikan masalah penempatan semula kira-kira sebanyak 1,500 keluarga di sini.

“Namun kini kerajaan telah bertukar, jadi harapan kami agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) membantu kami yang kini dalam dilema,” ujarnya yang mewakili penduduk di Jalan Imam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN