KUALA LUMPUR – Pasukan Selangor menerima tamparan hebat selepas pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Noor dijangka berehat lebih lapan bulan ekoran kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) yang dialami ketika aksi persahabatan menentang Home United, Selasa lepas. Perkara tersebut disahkan oleh ketua jurulatih Gergasi Merah, B. Sathianathan selepas mendapat keputusan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) yang dijalani oleh Wan Zack hari ini. “Hasil ujian MRI pertama yang dilakukannya hari ini…










