Sekurang-kurangnya selindunglah sikit - KJ - Utusan Malaysia

Sekurang-kurangnya selindunglah sikit – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Selepas kenyataan Naib Presidennya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman semasa Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dikecam ramai, parti itu terus dibelenggu isu lantikan politik.

Terbaharu, Bersatu ‘ditegur’ ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang meminta supaya perbuatan itu tidak dilakukan secara terbuka dan jelas.


Kata Khairy, parti itu sudah tidak segan untuk memaparkan lantikan sebegitu.


“Sekurang-kurangnya selindunglah sikit jawatan politik itu. Letaklah jawatan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) kangkung mana-mana pun.


“Ini dah tak kisah nak selindung, dah tak segan. Parti menguasai kerajaan! Hidupnya Malaysia baharu!” tulisnya dalam akaun Twitter miliknya di sini hari ini.


Khairy mengulas pendedahan seorang pengguna Twitter, Madi Azmadi tentang pelantikan Ahli Lembaga Pengarah baharu Yayasan Pelajaran Johor.


Dalam gambar yang tular itu, terdapat dua orang ketua bahagian Bersatu, iaitu Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai, Karmaine Sardini dan Ketua Bahagian Bersatu Johor Bahru, Zais Mohd. Akil dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah yayasan tersebut.


Tanpa berselindung, jawatan parti kedua-dua ketua bahagian itu dipaparkan dalam profil mereka, menunjukkan seolah-olah amalan lantikan politik sudah menjadi kebiasaan dalam parti tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN