Sekolah lima murid - Utusan Malaysia

Sekolah lima murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK 3 Jan. – Sekolah Kebangsaan Tebing Tebak di sini yang dikategorikan sebagai sekolah kurang murid (SKM) hanya mencatatkan kehadiran lima murid sahaja bagi memulakan sesi persekolahan baharu semalam.

Tahun ini merupakan tahun kedua tiada murid tahun satu yang mendaftar dan walaupun kurang murid, Guru Besar dan warga pendidik lain tetap menjalankan tanggungjawab mereka serta menjalankan aktiviti seperti sukan tahunan dengan menampilkan penglibatan bersama penduduk kampung setempat.

Tidak seperti sekolah lain yang riuh rendah dengan kehadiran ramai murid pada hari pertama persekolahan, suasana di SK Tebing Rebak kelihatan sunyi kerana hanya mempunyai lima murid selain mempunyai lima guru iaitu tiga guru perempuan termasuk guru besar dan dua guru lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN