KUALA LUMPUR 16 Jan. – Persatuan Automotif Malaysia (MAA) membidas tindakan kerajaan yang didakwa lewat meluluskan harga model kereta baharu sekali gus menjejaskan perancangan ahli-ahlinya untuk membuat pelancaran. Presidennya, Datuk Aishah Ahmad berkata, tempoh menunggu kelulusan boleh mencapai antara lima dan tujuh bulan yang dikhuatiri akan menjejaskan jualan kenderaan baharu tahun ini. Katanya, beliau tidak boleh memaklumkan secara terperinci, namun ramai ahli MAA terjejas dengan kelewatan tersebut. “Kami telah mempamerkan…










