Saya bukan calon juara - Axelsen - Utusan Malaysia

Saya bukan calon juara – Axelsen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Bekas juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen menyifatkan dirinya bukan calon terbaik untuk muncul juara di kejohanan badminton Siri Jelajah Dunia 500 Malaysia Masters yang akan berlangsung di Axiata Arena, di sini bermula esok.

Axlesen yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 memberitahu, selepas mengalami kecederaan tahun lalu, dia kini sedang dalam proses untuk memperbaiki kualiti permainannya dan berazam untuk mempamerkan aksi cemerlang dalam kejohanan besar seperti itu.

Bagaimanapun, dia percaya sekiranya dia memberikan fokus perlawanan demi perlawanan, keputusan cemerlang boleh diraih.

“Berdasarkan kepada keputusan beberapa kejohanan sebelum ini, boleh dilihat dengan jelas bahawa saya bukan calon juara.

“Tetapi saya percaya dengan latihan yang cukup dan fokus dalam setiap perlawanan, keputusan baik boleh diraih,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Axelsen akan memulakan aksi pertama Rabu ini dengan pertemuan menentang Kazumasa Sakai dan seandainya layak ke pusingan suku akhir, dia akan bertemu juara dunia yang juga pilihan utama dari Jepun, Kento Momota.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN