KEMAMAN 18 Jan.- Selamah Sidek, 62, dan suami, Mamat Abdullah, 75, sebelum ini mencari rezeki dengan menoreh getah namun selepas suaminya menjalani pembedahan penyakit angin pasang lima tahun lalu, mereka berdua tidak lagi menoreh. Dalam kepayahan itu, Selamah sedikit lega setelah mengetahui Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan bulan lalu bahawa Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh RM600 kepada pekebun kecil getah dengan…










