Sarawak diisytihar wabak rabies bencana tahap II - Utusan Malaysia

Sarawak diisytihar wabak rabies bencana tahap II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Wabak rabies atau anjing gila kini diisytiharkan sebagai Bencana Tahap II setelah wabak itu berlaku melebihi dari satu daerah di Sarawak.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keputusan itu dibuat semasa Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Bapa semalam.

“Keputusan ini dibuat setelah kes positif rabies dalam kalangan manusia mencatatkan 17 kes dengan 16 kes kematian dan jumlah kawasan yang positif Rabies telah meningkat sebanyak 61 kawasan di seluruh Sarawak kecuali bahagian Limbang.

“Pengurusan Bencana Tahap II ialah pengurusan dan pengendalian kejadian bencana yang berlaku melebihi satu daerah negeri yang memerlukan penyelarasan dan pengemblengan sumber di peringkat negeri dengan bantuan daripada peringkat pusat,” katanya yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Uggah berkata, JPBN bertanggungjawab untuk menggerakkan jentera pengurusan bencana di peringkat negeri bagi memastikan segala tindakan dilaksanakan secara teratur, cekap dan terselaras. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN