MENJAYAKAN watak antagonis bernama Nadine dalam drama yang sedang mencetuskan fenomena dalam kalangan penonton, Pujaan Hati Kanda, pelakon jelita Sarah Hildebrand mengakui karakter tersebut memberi impak yang besar terhadap kerjaya lakonannya. Kata pemilik nama sebenar, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini, dia tidak menyangka percubaannya melakonkan watak seorang antagonis wanita yang bertudung menjadi perbualan ramai. Wanita berusia 28 tahun itu bagaimanapun bersyukur kerana wataknya sebagai Nadine berjaya menjentik hati penonton sehingga dia sering menjadi mangsa kecaman, sekali gus trending dalam media sosial. Kosmo!: Apakah perasaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya