Samun warga emas: Penganggur mengaku salah - Utusan Malaysia

Samun warga emas: Penganggur mengaku salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 17 Jan. – Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyamun seorang wanita warga emas dekat Pendang pada 25 Dis lepas.


Muhammad Shafiq Abdul, 21, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Juraidah Abbas selepas pertuduhan dibacakan kepadanya yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun dan didenda atau sebat.


Mahkamah bagaimanapun menetapkan 22 Januari ini untuk menjatuhkan hukuman.


Mengikut pertuduhan, Muhammad Shafiq didakwa menyamun Kim Din Chan, 61, dengan melarikan motosikal wanita itu di kawasan tepi sungai, Kampung Paya Lipai, Sungai Tiang dekat Pendang pada 3 petang, 25 Dis.


Dia yang tidak diwakili peguam, dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rehab Abdul Shukur.


Pada 27 Dis lepas, media melaporkan wanita berketurunan Siam itu ditolak lelaki tidak dikenali sehingga terjatuh ke dalam sungai di kampung tersebut ketika sedang memancing sebelum motosikalnya dilarikan. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN