KUALA LUMPUR – Samung Electronics (Samsung) telah menganjurkan pameran CES 2019 berkaitan dengan pelbagai barangan elektrik berteknologi tinggi dengan inovasi terbaharu bagi membantu memudahkan kehidupan pengguna masa kini.
Pameran tersebut sedang berlangsung di Las Vegas Nevada, Amerika Syarikat (AS).
Ia telah mendapat sambutan mengalakkan dengan penyertaan daripada 4.500 peserta yang bakal melancarkan teknologi transformatif kepada lebih 180,000 peserta yang hadir.
Menurut kenyataan tersebut, inovasi terbaharunya meliputi aspek teknologi berkaitan penyambungan 5G (5G connectivity), kecerdasan buatan (Artificial Intelligence), realiti maya (Artificial/Virtual Reality), bandar pintar dan daya tahan, sukan serta robotik.
“Turut dipamerkan ialah barangan terbaharu seperti televisyen, peralatan rumah, telefon pintar,” jelasnya.
Lebih menarik, pameran edisi 2019 kali ini juga bakal menyaksikan lebih banyak robot penghantaran, dron dan skateboard elektrik.










