SEREMBAN – Pengguna jalan yang didapati melakukan enam kesalahan utama sepanjang Op Selamat 14 sempena Tahun Baru Cina ini akan dikenakan saman maksimum RM300 serta merta.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, saman mandatori bernilai RM300 itu akan mula dikuatkuasakan di seluruh negara pada 29 Januari hingga 12 Februari ini.
“Enam kesalahan utama itu adalah memandu di lorong kecemasan, melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit, memotong barisan, memotong di garisan berkembar dan tidak mematuhi lampu isyarat,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Op Selamat 14 sempena perayaan Tahun Baru Cina di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










