DAKAR – Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah berjaya melengkapkan pencapaian terbaik dalam kariernya apabila dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Afrika buat kali kedua berturut-turut pada Majlis Anugerah Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) di Dakar kelmarin. Salah berjaya menewaskan rakan sepasukannya di Liverpool, Sadio Mane dan Pierre-Emerick Aubameyang dari Arsenal yang turut tercalon untuk anugerah berkenaan. Bintang Mesir itu sebelum ini turut berjaya menewaskan Mane dan Aubameyang pada anugerah tahun lepas yang dibuat berdasarkan undian daripada 56 pengarah teknikal dan ketua jurulatih terdiri daripada anggota CAF. “Anugerah ini sangat bermakna bagi saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya