LONDON 24 Jan. – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yakin Emiliano Sala yang dilaporkan hilang selepas pesawat ringan yang dinaikinya ‘kabur’ daripada radar ketika merentasi Selat Inggeris masih hidup. Portal The Guardian melaporkan, Ketua Operasi SAR, Kapten David Barker berkata, pemain baharu yang menyertai kelab Cardiff City dan juruterbang pesawat ringan jenis Piper FA-46 Malibu itu berkemungkinan masih hidup jika mereka membuat rakit penyelamat. “Tiada siapa termasuk saya yang berputus asa. Saya tidak fikir tiada peluang untuk mereka hidup,” katanya. Sementara itu, Ketua Operasi Udara Kepulauan Channel, John Fitzgerald pula…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya