Rumah separa papan hampir musnah dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Rumah separa papan hampir musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Sebuah rumah separa papan di Kampung Baru Rasah di sini hampir musnah keseluruhannya dalam kebakaran kira-kira pukul 11.41 pagi tadi. 

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohamad Idris berkata, 25 pegawai serta anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan dan apabila tiba di situ pada pukul 11.52 pagi didapati api sedang marak. 

“Semasa kejadian rumah separuh batu dan separuh papan ini berpenghuni tetapi mangsa berjaya keluar menyelamatkan diri. 

“Bomba mengambil masa selama 8 minit untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan perumahan jiran tetangga dan api dikawal sepenuhnya 45 minit kemudian.

“Bagaimanapun, hampir keseluruhan rumah berkenaan musnah dijilat api,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. 

Beliau berkata, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN