KUALA LUMPUR 22 Jan. – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$101.7 bilion (RM420.48 bilion) pada 15 Januari 2019, lebih tinggi sedikit daripada AS$101.4 bilion (RM419.24 bilion) pada 31 Disember 2018.
Menurut BNM, paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar negara jangka pendek.
“Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing pada AS$95.8 bilion (RM396.09 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) AS$900 juta, (RM3.72 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) AS$1.1 bilion (RM4.55 bilion), emas AS$1.6 bilion (RM6.62 bilion) dan lain-lain aset rizab AS$2.3 bilion (RM9.51 bilion). – UTUSAN ONLINE










