Ringgit dijangka naik kepada paras 3.9 - Utusan Malaysia

Ringgit dijangka naik kepada paras 3.9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit berpotensi meningkat kepada 3.9 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini, melihat kepada kelemahan dolar AS dan harga minyak global yang kukuh.

Rakan Pengurusan dan Penasihat MRR Consulting Sdn. Bhd., Ooi Kok Hwa berkata, pemain pasaran secara amnya tidak menjangka Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan meningkatkan kadar faedah tahun ini, yang menyebabkan dolar AS lemah dan memberikan peningkatan kepada ringgit.

“Tambahan lagi, aliran pada masa ini menunjukkan renminbi sedang mendapat momentum dan berkemungkinan akan terus meningkat, justeru memberi manfaat kepada ringgit, melihat kepada hubung kait yang positif kedua-dua mata wang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ce­ramah pada Simposium Propek Pasaran 2019: Pelaburan Pintar atau Pertaruhan Berani? di sini semalam.

Simposium setengah hari itu dianjurkan Kenanga Investment Bank Bhd. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN