KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan minat belian disebabkan mata wang AS itu terus lemah susulan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan, kata peniaga. Pada 9.15 pagi, ringgit berada pada 4.0880/0930 berbanding 4.1050/1100 semasa ditutup semalam. Di sebalik keputusan oleh Rizab Persekutuan (Fed) untuk mengekalkan kadar tidak berubah seperti yang dijangka, ia kelihatan lebih memihak kepada kadar faedah rendah daripada apa yang…










