KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan minat yang sederhana, kata peniaga. Pada pukul 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.1050/1080 berbanding 4.1090/1110 semasa ditutup semalam. Peniaga berkata, sentimen disokong oleh harga minyak yang kukuh, berikutan kebimbangan yang berterusan mengenai politik yang tidak menentu di AS disebabkan penutupan kerajaan yang berterusan dan pergolakan Brexit. Harga minyak mentah Brent naik 68 cents kepada US$61.32 setong pada Rabu.…










