KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS berikutan penyusutan dolar susulan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kurang memberangsangkan, mencetuskan kebimbangan bahawa pertumbuhan ekonomi terbesar di dunia itu semakin perlahan. Pada pukul 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1380/1500 berbanding dolar AS daripada 4.1410/1460 semasa ditutup pada Rabu. Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kejatuhan dalam Indeks Institut Pengurusan Pembekalan (ISM)…










