DERINGAN telefon bimbit bertalu-lalu mengejutkan remaja lelaki berusia 13 tahun itu daripada lena. Ketika itu, jarum jam pada dinding tepat menunjukkan angka 3 pagi. Usai berbual ringkas dengan si pemanggil, tanpa banyak soal remaja itu bingkas bersiap ala kadar sebelum menuju ke Surau As-Sakinah, Gombak Setia, Selangor yang terletak tidak jauh dari kediaman keluarganya. Sebaik sahaja tiba, dia yang juga merupakan siak surau tersebut mengeluarkan kunci untuk membuka pintu utama…










