KOTA BHARU 17 Jan. – Selepas 75 hari menempuh pelbagai cabaran bagi menjayakan misi ‘Gi Mekoh Nga Mutor’, Diami Yusoff, 60, mengakui sudah mula merindui rasa nasi kerabu. Diami yang merupakan ketua kumpulan tiga penunggang ‘Gi Mekoh Nga Mutor’ berkata, dia bagaimanapun menguatkan semangat dan menggagahkan kudrat untuk melengkapkan misi tersebut dengan jaya. Menurutnya, ketika ini dia dan dua lagi ahli kumpulan itu berada di kawasan perkampungan Majma’ah yang terletak…










