KUALA TERENGGANU – Terengganu dijangka menerima kesan kemusnahan minimum daripada tempias ribut tropika Pabuk yang sedang melanda perairan Pantai Timur sejak semalam. Setiauasaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk A. Rahman Yahya berkata, setakat pukul 4 petang ini, pusat pusaran angin ribut tropika tersebut berada kira-kira 217 kilometer dari perairan Terengganu di Laut China Selatan dengan membawa angin dengan kelajuan hampir 68 kilometer sejam (kmj). Beliau berkata, berdasarkan maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia, tempias ribut tropika Pabuk tersebut yang kini melanda negeri-negeri Pantai Timur termasuk Terengganu dijangka reda mulai pukul 6 pagi esok dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya