BUTTERWORTH 7 Jan. – Syarikat rangkaian restoran nasi kandar terkemuka, Pelita Samudra Pertama (M) Sdn. Bhd. (Pelita) berhasrat membuat tawaran awam permulaan (IPO) menjelang suku pertama tahun depan. Pengarah Eksekutifnya, Datuk KK Sihabutheen berkata, IPO itu bertujuan untuk mengumpul dana bagi mengembangkan lagi rangkaian perniagaan mereka khususnya bagi pembukaan restoran dan hotel baharu. Tambah beliau, pihaknya berharap dapat mengumpul 30 peratus modal bagi tujuan pengembangan operasi tersebut menerusi tawaran IPO…










