GAZA 14 Jan.- Seorang remaja Palestin meninggal dunia tiga hari selepas ditembak tentera Zionis dalam pertempuran di sempadan Gaza.
Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra dalam kenyataan memberitahu Abdul Raouf Salha, 14, meninggal dunia akibat kecederaan dialami selepas ditembak.
“Remaja itu terkorban ekoran kecederaan parah selepas ditembak di Timur Jabalia pada Jumaat lalu,” katanya.- AFP










