DUNGUN – Gara-gara mengelak seekor babi hutan, seorang remaja maut manakala rakannya cedera ringan selepas motosikal Honda RS 150 dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Kilometer 4, Jalan Jongok Batu – Kuala Jengai, Hulu Dungun dekat sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, Izzul Fitri Rosli, 18, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat patah leher manakala rakannya, Muhammad Hafeezi Mohd. Sham Suddin, 18, yang menunggang motosikal itu…










