Remaja maut ketika pulang rumah  - Utusan Malaysia

Remaja maut ketika pulang rumah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Perjalanan pulang seorang remaja lelaki ke rumahnya berakhir tragedi apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 21 Jalan Kuala Selangor – Kuala Lumpur berdekatan pekan Ijok, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi, T. Kevin, 14, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan patah paha kanan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Md. Asri A. Wahab berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan pulang ke rumah di Kota Puteri di sini dari pekan Ijok.

“Mangsa dikatakan telah melanggar bucu belakang kanan sebuah kereta jenis Proton Saga Iswara di hadapannya yang sedang memperlahan kenderaan bagi memasuki simpang.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser dari arah bertentangan yang tidak sempat mengelak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas beliau, mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian kemudiannya dihantar ke  Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN