Remaja ditahan curi wang tabung masjid - Utusan Malaysia

Remaja ditahan curi wang tabung masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 4 Jan. – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan polis selepas disyaki mencuri duit tabung masjid di Rumah Pangsa Kulai, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, suspek berkenaan cuba menyembunyikan diri di belakang langsir.

Katanya, suspek bagaimanapun ditahan orang awam yang melihat suspek memasuki masjid dalam keadaan mencurigakan.

“Orang awam yang membuat pemeriksaan mendapati tabung masjid terbalik dan wang tunai berselerak.

“Pemeriksaan lanjut dibuat mendapati suspek cuba bersembunyi di belakang langsir,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Beng Yeow, berdasarkan soal siasat, suspek mengaku mencuri wang tabung masjid dan polis menemukan beg sandang berisi wang tunai berjumlah RM16. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×