JOHOR BAHRU 4 Jan. – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan polis selepas disyaki mencuri duit tabung masjid di Rumah Pangsa Kulai, dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, suspek berkenaan cuba menyembunyikan diri di belakang langsir. Katanya, suspek bagaimanapun ditahan orang awam yang melihat suspek memasuki masjid dalam keadaan mencurigakan. “Orang awam yang membuat pemeriksaan mendapati tabung masjid terbalik dan wang tunai berselerak. “Pemeriksaan lanjut dibuat mendapati suspek cuba bersembunyi di belakang langsir,” katanya dalam satu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya