MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menegaskan beliau langsung tidak memberi perhatian terhadap peluang meleburkan rekod Matt Busby yang melakar lima kemenangan berturut-turut pada penampilan sulung sebagai pengurus. Solskjaer yang dilantik sebagai pengendali sementara pasukan itu sudah menyamai rekod legenda United berkenaan apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas Reading dalam saingan Piala FA Sabtu lalu. Bagaimanapun, beliau enggan memikirkan mengenai peluang meleburkan rekod Busby menjelang aksi Liga Perdana…










