MADRID 7 Jan. – Juara kelab dunia, Real Madrid semakin jauh ditinggalkan pendahulu La Liga, Barcelona selepas mencatat satu lagi kekalahan mengejut di laman sendiri awal pagi ini. Kekalahan 0-2 kepada Real Sociedad di stadium keramat mereka Santiago Bernabeu menyaksikan skuad bimbingan Santiago Solari kini ketinggalan 10 mata di belakang di tangga kelima liga. Lebih malang, Real terpaksa beraksi 10 pemain selepas Lucas Vasquez dibuang padang di babak kedua sebelum…










