LONDON 24 Jan. – Real Madrid dan Barcelona mengatasi Manchester United sebagai kelab paling kaya di dunia dalam Liga Kewangan Bolasepak yang dilaporkan Deloitte hari ini.
Bagaimanapun, Liga Perdana Inggeris masih menguasai dari sudut kewangan dengan enam kelab England berada dalam kelompok 10 terbaik buat kali pertama.
Ranking Deloitte adalah berdasarkan berapa banyak wang yang diperoleh daripada perjanjian penyiaran, komersial dan pendapatan pada hari pertandingan ketika musim 2017-18.
United menghabiskan tempoh dua tahun lalu di tangga pertama dalam carta kewangan tetapi jatuh ke kedudukan ketiga di belakang juara Eropah, Real dan satu lagi gergasi Sepanyol, Barcelona.
Bayern Munich, Manchester City, Paris Saint Germain, Liverpool, Chelsea, Arsenal dan Tottenham masing-masing menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik.
Rakan kongsi Kumpulan Perniagaan Sukan Deloitte yang juga penulis laporan itu berkata: “Bola sepak Eropah kekal sebagai pasaran yang rancak berkembang. – AFP
Kedudukan Liga Kewangan Bola Sepak Deloitte
1. Real Madrid (Sepanyol) 750.9 juta euro (RM3.53 bilion)
2. Barcelona (Sepanyol) 690 juta euro (RM3.25 bilion)
3. Manchester United (England) 666 juta euro (RM3.13 bilion)
4. Bayern Munich (Jerman) 629.2 juta euro (RM2.96 bilion)
5. Manchester City (England) 568.4 juta euro (RM2.67 bilion)
6. Paris St Germain (Perancis) 541.7 juta euro (RM2.55 bilion)
7. Liverpool (England) 513.7 juta euro (RM2.41 bilion)
8. Chelsea (England) 505.7 juta euro (RM2.38 bilion)
9. Arsenal (England) 439.2 juta euro (RM2.06 bilion)
10. Tottenham Hotspur (England) 428.3 juta euro (RM2.01 bilion)










