Ratusan penerbangan akan dibatalkan, mogok kakitangan keselamatan Jerman - Utusan Malaysia

Ratusan penerbangan akan dibatalkan, mogok kakitangan keselamatan Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FRANKFURT 15 Jan. – Ratusan penerbangan akan dibatalkan di lapan lapangan terbang di Jerman berikutan mogok kakitangan keselamatannya termasuk di hub perjalanan tersibuk di sini hari ini.

Kesatuan Sekerja Verdi (Verdi) berkata, mogok tersebut akan dibuat bermula pukul 2 pagi hingga 8 malam waktu tempatan iaitu di lapangan terbang Frankfurt, Munich, Hanover, Bremen, Hamburg, Leipzig, Dresden dan Erfurt.

Menurut Persatuan Lapangan Terbang ADV, sekurang-kurangnya 220,000 pelancong akan terjejas dengan penangguhan dan pembatalan penerbangan.

Verdi mewakili 23,000 kakitangan keselamatan lapangan terbang meminta kenaikan gaji daripada AS$20 kepada AS$23 sejam bersamaan kenaikan sekitar 17 peratus. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN