Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ahmad Shah (tengah) ketika menghadiri raptai penuh Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang Keenam di Istana Abu Bakar hari ini.
Jumaat lalu Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Ahmad Shah telah memilih Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah untuk dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam selepas meluluskan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang.









