MADRID 7 Jan. – Kapten Real Madrid, Sergio Ramos tidak menyembunyikan perasaan jengkelnya, apabila dia menyalahkan pengadil dan tanpa sokongan VAR (video bantuan pengadil) sebagai punca kekalahan mengejut Los Blancos kepada Real Sociedad di laman sendiri dalam aksi La Liga, hari ini. Bek tengah yang sering mencetuskan kontroversi itu mengkritik pengadil selepas pasukannya tumpas 0-2, dan melabel keputusan pegawai perlawanan sebagai satu skandal. Real terus keciciran dalam pemburuan gelaran La…










