CAMERON HIGHLANDS 22 Jan. – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor enggan mengendahkan pendekatan menyerang peribadinya yang dilakukan oleh jentera parti lawan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu berlangsung. Beliau berkata, rakyat kini pandai menilai sesuatu isu yang timbul sama ada ia sengaja diada-adakan untuk tujuan dan kepentingan pihak tertentu. “Biarlah, mahu serang (peribadi) pun seranglah. Masyarakat di sini tahu, mereka kenal saya dan…










