SHAH ALAM 30 Jan. – BEKAS Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin hari ini menasihatkan sesetengah menteri Kabinet supaya tidak terus ‘bergaduh’ sesama sendiri secara terbuka kerana ini boleh menimbulkan rasa muak rakyat kepada kerajaan. Beliau berkata, meskipun difahami bahawa semua menteri Kabinet adalah baharu, namun sikap seumpama itu tidak boleh dibiarkan sebaliknya disarankan supaya sentiasa menunjukkan semangat bersatu-padu. “Mereka (menteri Kabinet) memang baharu. Selama 50 tahun jadi pembangkang…










