KEKALAHAN mudah Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands kelmarin merupakan tamparan hebat buat gabungan parti pemerintah itu apabila tewas dengan majoriti lebih besar berbanding semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-4), 9 Mei tahun lalu. Dalam PRK tersebut, calon BN, Ramli Mohd. Nor menang dengan majoriti lebih besar iaitu 3,238 berbanding calon parti itu dalam PRU-14, Datuk C. Sivarraajh yang meraih majoriti 597 undi. Tewasnya PH di Cameron Highlands dilihat sebagai kuasa rakyat yang telah menjatuhkan hukuman terhadap kerajaan hari ini, lantaran gagal mentadbir negara dengan baik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya