Raja Perlis terima menghadap delegasi USM - Utusan Malaysia

Raja Perlis terima menghadap delegasi USM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 18 Jan. – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima kunjungan menghadap oleh delegasi daripada Universiti Sains Malaysia (USM) di Balai Menghadap Biru Istana Arau, di sini semalam.

Turut berangkat mengiringi baginda ialah, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Antara delegasi yang hadir ialah Pengerusi Lembaga USM, Dr. Hari Nayanan P. Ondiveeran; Naib Canselornya dan Profesor Datuk Dr. Asma Ismail.

Pada majlis tersebut, baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor universiti itu turut dimaklumkan mengenai perancangan USM yang bakal menyambut ulang tahunnya ke- 50 selain istiadat konvokesyen ke-57 universiti itu pada September depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN