Raja Muda Perlis tinjau bangunan Canselori UniMAP - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis tinjau bangunan Canselori UniMAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 15 Jan. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat meninjau status terkini pembangunan kompleks Bangunan Pentadbiran Canselori Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang terletak di kampus induknya di Pauh Putra baru-baru ini.

rmps-canselori-2
 

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Naib Canselor, Datuk Dr Ir Zul Azhar Zahid Jamal, wakil daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis dan juga para jururunding yang terlibat dengan projek tersebut.


Baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor universiti itu turut diiringi melawat pejabat Tuanku Canselor, Galeri, Auditorium dan jugaa Bilik Senat universiti itu.


Tarikh milik tapak ialah 15 Ogos 2016. Kemajuan kerja pada ketika ini sudahpun mencecah 68 peratus dan dianggarkan siap pada 28 Mei 2019.


Untuk rekod, RNEM Engineering Sdn Bhd ialah kontraktor projek ini yang diselia oleh Pengarah JKR Negeri Perlis/Jurutera Awam Pemguasa dan diselaraskan oleh Pasukan Projek Persekutuan Negeri Perlis di bawah langganan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×