Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis lawat Wilayah Ranong - Utusan Malaysia

Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis lawat Wilayah Ranong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANONG 14 Jan . – Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada seramai 150 orang kanak-kanak terpilih di Sekolah Fardhu Ain Masjid Jannatul Naim di Wilayah Ranong, Thailand, baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh guru besar sekolah, Sasima Cheawchoophant dan Imam masjid, Ust Abdul Somad. Tuanku Raja Puan Muda Perlis diiringi oleh Gabenor Wilayah Ranong, TYT Chatupot Piyamputra dan isteri beliau ke program tersebut.

Baginda berada di Ranong selama dua hari bagi mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyempurnakan program tahunan Ziarah Mahabbah MAIPs ke Wilayah Andaman pada kali ini giliran wilayah Ranong yang antara lain bertujuan bagi melestarikan falsafah Ummatan Wahidah melalui perkongsian pintar di dalam pelbagai bidang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN