Raja Jordan lawat Iraq - Utusan Malaysia

Raja Jordan lawat Iraq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD 14 Jan. – Raja Jordan, Raja Abdullah II mengadakan pertemuan dengan Presiden dan Perdana Menteri Iraq di sini hari ini, dalam lawatan pertama baginda ke Iraq sejak lebih daripada sedekad.

Kunjungan rasmi ke negara ini itu merupakan yang terbaharu melibatkan pemimpin tertinggi dunia, selepas lawatan mengejut Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bulan lalu.

Raja Abdullah bertemu secara berasingan dengan Presiden Iraq, Barham Saleh, yang telah mengunjungi Jordan pada November lepas, dan Perdana Menteri, Adel Abdel-Mahdi.

Menurut laporan akhbar, Jordan dan Iraq ketika ini sedang mencari kekuatan hubungan dua hala.

Kali terakhir Raja Abdullah berada di Iraq adalah pada 2008, baginda menjadi pemimpin Arab pertama melawat Baghdad selepas Saddam Hussein digulingkan oleh pencerobohan diketuai AS pada 2003.

Jordan merupakan pengimport utama minyak mentah Iraq. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN