PELANTIKAN Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16 oleh Majlis Raja-raja dalam mesyuarat yang diadakan pada Khamis lalu menjadikan institusi raja negara kembali menjadi perhatian rakyat. Malaysia adalah antara kira-kira 40 negara yang masih mengamalkan sistem beraja dengan konsep Raja Berperlembagaan iaitu jawatan Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong akan dipilih dalam kalangan sembilan raja-raja negeri Melayu untuk setiap tempoh lima tahun. Namun hasil kemajuan teknologi serta pengagungan terhadap demokrasi, membuatkan sesiapa sahaja semakin berani mempersoalkan sehingga memperlekehkan institusi raja.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya