KUALA LUMPUR 24 Jan. – Firma guaman, Rahmat Lim & Partners mengesahkan polis telah datang ke pejabat mereka dan meminta dokumen berkaitan dua terbitan bon. Rahmat Lim & Partners dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dan akan tetap komited untuk bekerjasama dengan mereka dalam batasan perundangan. “Kami sebelum ini bertindak dalam peranan terhad sebagai peguam undang-undang Malaysia untuk Goldman Sachs dalam terbitan bon tersebut. Bagaimanapun,…










