KUALA LUMPUR 10 Jan. – Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mengenal pasti empat kejohanan peringkat antarabangsa sebagai persiapan dalam usaha mempertahankan pingat emas acara ragbi tujuh-sebelah (7s) lelaki pada Sukan SEA 2019, November ini. Ketua jurulatih skuad negara, Saizul Hafifi Md Nor berkata kejohanan di empat negara itu bakal menjadi persiapan utama pasukan kebangsaan, sebelum berdepan cabaran getir mempertahankan pingat emas di Filipina, memandangkan prestasi skuad tuan rumah semakin meningkat sejak tahun lepas. Beliau dan pembantunya Mohamad Nazeer Nesharah bersama-sama 16 pemain skuad negara yang menandatangani kontrak bersama Majlis Sukan Negara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya